Tuesday 27 August 2013

Detik-detik rasululah sebelum wafat



Detik-detik rasululah sebelum wafat

Menjelang pagi 12 rabiul awwal Tahun 11 hijriayah, dirumah siti aisyah, sakit rasulullah datang kembali
rasulullah bersandar kepada siti aisyah
Rasulullah tidak dapat bercakap karena terlalu sakit
Pada masa itu, abd rahman bin abu bakar (adik beradik siti aisyah) sedang bersugi
Rasulullah memandang abd Rahman, dan siti aisyah merasakan beliau mau bersugi
Siti aisyah meminta izin dari abd Rahman, menyiapkan bahagian kayu sugi yang belum digunakan dan memberikan kepada rasulullah untuk beliau bersugi
Siti aisyah berkata “aku melihat muhammad bersugi dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu”
Sakit rasulullah semakin kuat dan peluh mencurah-curah dari kepalanya.
Siti aisyah menyapu muka beliau dengan air untuk meringankannya
Rasulullah berkata “wahai aisyah sesungguhnya mati itu memiliki sakarat (kesakitannya)”
Rasulullah seperti mengulang-ulang satu kata-kata yang seolah diberikan pilihan lagi untuk kali terakhir.
Rasulullah berkata “bahkan teman sejati di surga, bahkan teman sejati di surga”
Siti aisyah berkata” ketika rasulullah mengulang kata-kata itu, kepalanya terlontak kebahuku dan pandangannya mendongak kelangit
Roh muhammad telah keluar dari pada jasadnya untuk bertemu dengan Allah.
Aku meletakkan kepala muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengar hingga luar rumah”
Berita wafat rasulullah tersebar. Ada dikalangan sahabat tidak percaya. Umar minta izin masuk dan dilihatnya rasulullah.
Umar berkata “pesuruh Allah belum wafat, tetapi tidak sadar diri sebagaimana nabi musa tidak sadar tatkala allah memperlihatkan dirinya kepada nabi musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah telah wafat”
Abu bakar dipanggil untuk meredakan keadaan. Abu bakar melihat keadaan sekitar yang agak cemas dan seakan hilang pertimbangan.
Abu bakar melihat rasulullah di tempat tidurnya dan sudah diselimuti.
Abu bakar mengucup dahi nabi muhammad sambil berkata “kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah, kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini”
Setelah itu abu bakar mengucup dahi rasulullah sekali lagi dan ditutup kembali jasadnya.
Abu bakar kemimbar masjid dan berkata “bertenanglah wahai umar’
Umar masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan. Abu bakar mengulang lagi. Kemudian, abu bakar naik keatas mimbar dan mulai bercakap. Umar berhenti bercakap dan turun dari mimbar
Abu bakar berkata “barang siapa yang menyembah muhammad, muhammd telah mati. Barang siapa menyembah Allah, Allah itu hidup dan tidak mati.”
Kemudian dibacakan ayat 144 surat ali imaran. Umar yang tadi berdiri, terus terduduk
Umar berkata “adakah ayat ini ada dalam al-quran”. Beliau yang hafidz quran dan gagah, hilang pertimbangan.
Umar berpaling kepada sahabat dan berkata “wahai sahabatku, muhammad sudah meninggal dunia.”
Kesedihan menguasai semua
Semua menangis
Sebagian sahabat menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati karena beratnya ujian ini
Sewaktu masuk waktu dzuhur, bilal mahu adzan tetapi karena terlalu sedih, dia tidak adzan
Bilal berkata “demi Allah aku tidak akan adzan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah”
13 rabiul awal hari kedua rasulullah wafat, jasad beliau disemadikan ditempat beliau wafat (rumah siti aisyah)
Selepas sahabat berjaya membebaskan syam $ baitul maqdis dari ROME  pada zaman Umar, umar datang sendiri ke palestina untuk menerima kunci baitul maqdis. Umar memanggil semua tentara berkumpul di bukit golan
Ini adalah pertemuan bersejarah selepas rasulullah wafat karena sahabat berkumpul setelah beberapa tahun tidak bertemu karena sibuk berjihad di medan masing-masing
Untuk, itu umar meminta bilal adzan pada salah satu waktu salat
Bilal tidak pernah melaungkan adzan selepas rasulullah wafat. Atas permintaan umar dan sahabat, ini pertama kali beliau adzan selepas rasulullah wafat.
Dia tidak dapat menyelesaikan adzannya. Bilal menangis dan para sahabat turut menangis
Mereka teringat kembali rasulullah dan perjuangannya yang agung dan suci
Islam, iman kasih sayang, akhlaq mulia, kehidupan mulia, pengorbanan dan penderitaan yang rasulullah tanggung menjelma dalam ingatan mereka, seolah-olah mereka baru berpisah dengan rasulullah



...
Powered by Blogger.